Selagi Ada Waktu

Tuesday, November 24, 2009

Bangun saja waktu pagi, Pendekarya sudah dapat satu mesej berbunyi " jam 2.30 pegi bandar jom?" sambil tersenyum gua membalas dengan menaip butang butang nombor "Set..2.30 siap " mau pergi mana ya petang ni, bisik hati gua. bukan apa, sudah lama terperap dalam rumah disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. mujur dekat rumah boleh juga menambah ilmu dengan membaca surat khabar eletronik sambil minum air mangga.

dengan langkah yang perlahan. gua beransur pergi ke arah mak gua yang tengah duduk sambil memerhati langit. gua berbisik " mak, petang ni nak pergi bandar" mak gua balas "ok,hati hati".bagus,kebenaran sudah diberikan.gua memang suka cakap kat mak gua kalau pergi keluar atau jalan jalan. bukan apa, senang nanti mana tau ada perkara yang tidak diingini berlaku, boleh beritahu terus.

menunggu kadangkala membuat manusia jadi meyampah atau bingung seketika.tak kira kau menunggu siapa, awek, teman karib waima keluarga sekalipun. mujur kawan gua sampai tepat pada masanya.padahal, kami berdua sama saja.kalau bukan dia yang datang lambat, mesti gua yang bersiap lambat.lelaki juga seperti wanita.perlu membuat penampilan diri dulu sebelum keluar.bukan seperti lelaki metroseksual.cukup sekadar mengenakan baju, seluar, pakaian dalam, deodoran, minyak rambut dan sedikit minyak wangi sudah kira bagus bagi gua.

destinasi pertama sudah pasti ke bandar Raub. tapi perlu jemput Qumad dan Wan dulu.Qumad tinggal di Kg Sega Lama. Wan tinggal di Kg Sungai Pasu.Pelik kan nama kampung kampung di daerah Raub.tapi,gua rasa bukan di Raub saja, malah di serata ceruk di daerah Pahang ni pun sama. Malah, bukan di Pahang saja, gua rasa di seluruh Negeri di Malaysia pun sama.Maka, nama nama Kg di Malaysia memang boleh di katakan begitu unik sekali.


Sampai di Bandar, gua kena pergi Maybank dulu, Bank In duit RM 35 dekat kawan untuk bayar bil air dan elektrik semasa gua belajar bagaimana menjadi seorang pekerja yang bekerja di Keydah pada watu terdahulu.Gua rasa seperti warga di zaman Paleolitik,Mesolitik Neolitik mahupun Logam sedikit apabila masuk Maybank. selalunya masuk CIMB atau BSN.mungkin dekat Raub maybank baru wujud.mungkin lepas ini gua harus membiasakan diri di banyak tempat temapt lain

Benar kata pepatah melayu,jauh perjalanan, luas pengalaman. bila jauh berjalan, maka perut pun mula menyanyikan lagu. mula mula lagu keroncong, kemudian lagu balada.lama sikit dah keluar lagu Pop Rock.kemudia lagu Rock.last sekali lagu Hardcore.Marrybrown juga yang nampak di mata,lekat di hati,maka, berhabislah gua dengan rakan gua sepuluh ringgit seorang.



inilah Qumad,berketinggian yang tidak dpat diketahui
berasal dari Kg Sega Lama,
Pelajar Tahun Akhir UTM
kos apa dah lupa


 ini namanya Emel.nama panjangnya Ahmad Aimil
Amma .Sekarang belajar di Uitm Kedah. anak Bongsu


 
Ini namanya Azwan atau nama kengkawannya Wan
tidak suka pakaian Bundle, pelajar Uitm Shah Alam.


untuk hari ini, berjumpa lain kali bersama PendekarYa.

0 sumbang saran: