Pingangang

Monday, November 30, 2009



Pinggan. Ini Pinggan.Bukan Pinggang


Ini adalah Pinggan.Pinggan ini berbentuk bulat.bulat sebulatnya. setakat ini, gua tak pernah tengok pinggan 4 segi tepat. Pinggan di gunakan untuk pebagai aktiviti. Kau boleh makan apa jua menggunakan pinggan.

Tetapi, pastikan makanan kau tidak berkuah, jika berkuah,kau perlu gunakan mangkuk. mangkuk juga berbentuk bulat. Apa yang pasti, orang melayu akan makan nasi menggunakan pinggan dan bukannya mangkuk. Kecuali ,mereka yang makan menggunakan mangkuk kerana kekurangan duit untuk membeli pinggan.Menggunakan mangkuk juga boleh,tapi mungkin membuatkan kau berasa tidak selesa untuk makan.

Sewaktu  usia gua pada waktu kecil, gua selalu makan menggunakan pinggan.Dan sehingga kini gua masih menggunakan pinggan. Kadang Kadang gua makan menggunakan pinggan yang mempunyai corak yang berbunga bunga.

Arakian, pada waktu itu ketika gua sedang bermain main pada waktu petang bersama teman -teman,gua terdengar perbualan manusia yang sedang menghadapi proses remaja.

Remaja 1 : Rugi semalam kau
Remaja 2 : Kenapa?
Remaja 1 : Aku jumpa awek.bergetah siot!!!.pinggang dia.ramping gila
Remaja 2 : pergh.panas panas!!

Balik saja ke rumah, gua tanya bapa saudara gua. "Pakcu, ada tak pinggan kat dapur kita yang bentuk dia ramping? Kalau ada mesti panas panas". Bapa saudara aku terkedu dan hanya diam saja.



2 sumbang saran:

Teman Setia said...

boleh plak.... terpikir.. knaper kanak2 boleh "thikns out of the box???" lagi kreatif daripada org dewasa yg x berapa nk dewasa???... ;p

PendekarYa said...

kanak2 imiginasinya tinggi