Rona Roni Kota Raya

Thursday, November 12, 2009

Jam Menunjukkan pukul 3.30 p.m.hari menunjukkan tanda hujan mau turun.rintik rintik sudah ada dan menitis ke bahu.mungkin jurukamera yang efisen boleh mengambil gambar rintik itu.Puduraya penuh sesak.turun saja dari bas

Teksian 1: Bro, teksi bro.balik mana bro
Teksian 2: adik,nak pergi mana adik?cheras?ampang? KLCC
Akuan: takpe2 its ok..saya ada kenderaan

tujahan permintaan dan pertanyaan dari pemandu teksi supaya menggunakan perkhidmatannya.perjalanan diteruskan dengan menggalas sebiji beg dengan tangan kanan sebuah beg jinjing serta sebiji notabuku.

menyusuri tepi tepi di puduraya, membuatkan jiwa,hati,perasaan menjadi gusar.tangan sentiasa memegang dompet.mata meliar ke kiri, ke kanan,ke depan,ke belakang. bukan meliar mahu mencari masalah atau mahu merompak.tapi kerna dek takut disamun.

perjalanan diteruskan.sampai di persimpangan Petaling Street. segera menaiki jejantas untuk ke seberang jalan.ada dua orang pengemis.hati berkata..nak bagi ke tak. nak bagi ke tak nak bagi ke tak. akhirnya kata hati lenyap saja sambil aku menuruni tangga ke bawah .

sampai saja ke bawah jejantas

"adik adik.mri tgk pakej ni adik, saya jamin gerenti murah kalau adik beli pakej ni..just gores saja dan adik bakal menangi hadiah lumayan"

" takpe.saya dah biasa menggores"

"ini betul adik,kami tak tipu"

"kejap, nanti saya telefon bapa saudara saya,bapa saudara saya polis"

pemuda itu terdiam lalu pergi.hilang sudah mulut ligannya setelah dengar perkataan polis..Polis polis..kau mempunya kuasa betul.sebut nama saja mereka sudah takut

aku melewati Central Market.Tempat Ramli Sarip pernah menterjemahkan lagu lagunya. lapar...mata segera tertumpu kepada penjual goreng pisang.belum sempat beli, keluar perkataan myanmar dari penjual tersebut.dengan langkah perlahan aku berundur meninggalkannya.aku takut minyak yang digunakan untuk goren pisang itu sama dengan minyak goreng benda lain

Pejabat Pos yang terlihat memang agak besar..tak sangka banyak pembaharuan sekarang di lakukan oleh Pos Malaysia.bangga juga..paling ketara baju yang di pakai oleh pekerjanya sekarang..hmm renovasi, atau evolusi?

akhirya destinasi yang dituju sudah tiba. stesen Komuter Kuala Lumpur..yeaa.sudah habis untuk pengalaman hari ini di rona roni Kota Raya Kuala Lumpurrr,,

0 sumbang saran: