0 sumbang saran

Piala AFC

Thursday, April 29, 2010

Salam Petang,...

Baru saja minum teh panas bancuhan mak gua. Selepas itu, menonton televisyen saluran 180, Astro Arena sambil berfacebook. Gua tengok aksi sukan Piala AFC (bukan liga juara AFC ), Selangor (Malaysia) vs Srivijaya ( Indonesia). Selangor tiada awang import, Srivijaya ada awang import. Hasilnya, kemenangan berpihak kepada Srivijiya dengan jaringal gol 4 berbalas 0. Gua ulang ,4 berbalas 0.

Sehari sebelum perlawanan antara Selangor dan Srivijaya, Wan Jamak Wan Hassan, Jurulatih pasukan N.S mengumumkan tidak akan menjadi wakil Malaysia dalam piala AFC untuk tahun depan. Sebab?. tiada pemain import. Pemain tempatanya katanya tidak mampu untuk merobek gawang lawan.

Gua ada beberapa kesimpulan ....

1. Baik tiada pemain import, kerana dgn adanya pemain import, kredibiliti pemain tempatan seperti dianaktirikan. Susah nak bermain dalam kesebelasan utama. balik2 muka awang import

2. Pasukan kelab atau negeri dari negara jiran (Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand ), mungkin menggunakan pemain import. bukti boleh dilihat apabila 3 penyerang pasukan Srivijaya yang menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Selangor adalah awang import. Pasukan Malaysia yang tiada pemain import tidak perlu risau. Dari perlawanan perlawanan sebegini , mereka boleh nilai aksi mereka sendiri dan tingkatkan pencapaian. Sekarang mungkin kalah, esok lusa tiada siapa yang tau. Lagipun yang bermain untuk negara nanti bukanlah pemain import, sebaliknya adalah pemain tempatan. bukti dah ada, Sukan Sea baru baru ini...

3. Pemain import tidak semestinya mengambarkan kualiti yang baik. Ada pemain yang semata mata mahu bermain kerana duit, bukan semangat. Sejarah ada membuktikan semasa penggunaan pemain import dalam saingan Liga Malaysia..Haram Jadah..

Maka,
pendapat gua, FAM perlu kaji balik perkara ni, Buat masa sekarang, gua tengok pencapaian pemain tempatan adalah baik jika mewakili negara tetapi jika mewakili kelab atau negeri dalam saingan Piala AFC, prestasi merudum...maka.ada pemain import atau tidak...semua terpulang pada diri masing2..anggaplah kau wakil negara masa saingan Piala AFC...Piala AFC jer..bukan Liga Juara AFC pun ..
0 sumbang saran

Monday, April 26, 2010

 ULU RENGGOL 26 April 2010,     3 orang pelatih pusat serenti Benta lari dari universiti. Alasan kenapa mereka lari tidak dapat dikenal pasti. Mungkin mereka merasa bosan setelah hari hari makan makanan dalam tray atau mungkin juga gulai lemak ayam dan sayur yang tidak cukup rasa serta buah yang tidak cukup manis. Lalu mereka bertiga merancang untuk mencari makanan yang lebih baik di luar universiti tersebut

Dah banyak tempat  ke mereka lari?. Mungkin mereka lari ke Kelantan atau Terengganu. Tapi mereka tak boleh lari jauh jauh sebab mereka hanya berseluar pendek, ber tshirt pagoda dan tidak berkasut. Atau untuk lagi efektif dan cantek mereka mungkin berseluar dalam dan tidak berbaju. Apa yang pasti, mereka tidak bawa  kad CIMB, Maybank, atau pun kunci kereta. Sebab itu, mereka perlu  " tumpang " rumah siapa siapa saja. 

Kalau tuan rumah yang "baik hati", dapatlah mereka makan nasi barang sesuap dua dan minum air seteguk. Kalau dapat yang " tak baik hati ", nayalah mereka. kemungkinan mereka akan dilibas dengan parang yang berkilau kilau, diketuk kepala dengan batang paip, disimbah dengan air panas, digeletek perutnya.digeletek perutnya?

Gua dah stanby.. sebab area rumah gua dekat dgn Benta.
0 sumbang saran

Mulut

Friday, January 22, 2010

 "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Hari ini kita berbicara mengenai mulut. sesuatu yang anda milikki dan anda perolehi sebagai salah satu dari pancaindera anda. Semua ada mulut. Gua ada mulut, artis ada mulut, tok bilal ada mulut, makcik jual nasi lemak ada mulut, pendek kata semua benda hidup di muka bumi ini ada mulut. Kalau kau search dekat google dan masuk kat wikipedia@ wikimedia, mulut membawa maksud organ badan yang berbentuk bukaan pada badan yang membenarkan sesuatu organisma menerima makanan. Itu jika anda search di google.



Mulut membawa pengertian yang amat banyak. Ada mulut yang berbau. Berbau apa? yang itu kita tidak tahu.sama ada wangi atau tidak..anda yang menentukan. Kadang - kadang kita selalu menggunakan mulut untuk berkata kata. Pembetulan, bukan kadang kadang tapi perlu menggunakan mulut untuk berkata kata. cuma yang selalunya apabila kita selalu mengata ngata.renungkan..berkata kata dan mengata ngata adalah dua perkara yang berbeza.

ini adalah sesetengah peribahasa, perumpamaan, simpulan bahasa yang menggunakan terma "mulut"

1. Mulut Murai
2. Mulut Tempayan
3. Buah Mulut
4. Dll

Cium Mulut??anda sendiri tafsirkan.....
0 sumbang saran

Sindiket Segeraga

Friday, January 15, 2010

Pada masa kini di Malaysia, banyak sindiket telah ditubuhkan. Ada sindiket yang menjadi femes dan ada juga yang tidak femes kerana menjalankan perniagaan secara privasi. Tujuan utama pada hari ini adalah untuk mengajak anda semua untuk memasuki ataupun menjadi ahli sindiket. Anda tidak perlu borang manual, anda tidak perlu daftar secara online  atau bagitau melalui mesej. Hanya melalui cakap mulut saja anda boleh menjadi ahli

Antara soalan  soalan yang wajib ditanya oleh mereka yang berminat untuk menjadi ahli sindiket ini adalah

Apakah aktiviti yang sindiket ini jalankan?
Mencuri. paling senang sindiket nak curi adalah handset,duit (dompet tidak di ambil), Komputer Riba,Motosikal berkuasa 4 lejang. Paling koman yang akan sindiket curi adalah selipar jamban atau pun pakaian dalam

Bila waktu yang sesuai untuk sindiket jalankan aktiviti
Waktu mangsa tiada dibilik. biasanya mereka akan tinggalkan bilik pada waktu mereka pergi bilik kawan atau pun tengah ambil air sembahyang terutama waktu Maghrib. Masa tu, sindiket boleh pusing pusing blok usha sama ada line clear atau tak. Kalau clear, dah boleh sauk apa yang mampu

Biasanya, bagaimana teknik  yang sindiket lakukan untuk ambil barang barang tersebut?
Hati kering. Kalau tingkap tak tutup lagi senang sindiket nak ambil . Kalau pintu tak tutup pun ,itu lagi senang,toleh kiri,toleh kanan, tiada sesiapa dah boleh masuk. Kalau sindiket yang tinggal dekat bilik yang sama pada tahun lepas, kemungkinan ada kunci pendua

Apa kelebihan yang kami dapat apabila menyertai sindiket?
Banyak sangat.
1. Dosa
2. Penumbuk free. Jika sindiket tertangkap oleh yang dicuri,InsyaAllah berkemungkinan besar muka sindiket akan pecah  16
3.  Minum Air Stokin. Iini air minuman semangat jika sindiket didapati tertangkap lagi .kemudian,    aksinya akan dirakamkan sebelum dimasukkan kedalam laman pencarian video terkemuka, You Tube sebelum dibawa kepada unit keselamatan

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai sindiket ini, anda semua dialukan...tetapi ingat dan baca semula  kelebihan sindiket ini..!!!!!



-Setiap yang jahat pasti menerima pembalasan-
0 sumbang saran

Wednesday, January 13, 2010

Bila mata merenung renung,renunganya sedalam dalam sehingga mampu menembus otak  dan mampu menembus belakangtanpa mecacatkannya

Bila hati sudah berbunga bunga, maka bunga bunga mekar muncul dari paru paru mebawa kepada hati lalu berkembang dan bercantum menjadi satu paduan yang tak dapat dipisahkan

Bila nafas sudah dihela, aliran oksigen dibawa menari menari menusuk ke segenap ruang tanda kelegaan dari nafasnya

Bila bibir sudah menguntum tersenyum kepuasan mencari pertemuan yang abadi, maka hati yang suci yang murni turut bersetuju dengan senyuman itu,

Bila kaki sudah melangkah, ianya melangkah dengan penuh yakin tanpa ada rasa bisikkan yang menyuruhnya jeda sebentar.

Bila sudah ada tautan dua hati, yang tersembur keluar hanyalah noktah asmara menjulang kehebatan kata kata cintanya
.....end....

gua tujukan khas buat mereka yang bercouple..hahhahaha
0 sumbang saran

tidurlah anakku sazali...

Tuesday, January 12, 2010

Jam sudah tepat pukul 3.00 pagi. Tapi gua masih belum terdetik untuk tidur. Benar kata orang, Facebook mempunyai kuasa ajaib untuk kita berjaga malam macam burung hantu untuk berasa segar lebih lama. Sesetengah manusia,kalau tak tidur boleh isap rokok Sebab rokok ada bahan bahan yang tak buat perokok tuntuk rasa mengantuk. Ada juga yang boleh main PES sambil larut pagi, ada juga yang boleh main snooker sampai waktu subuh, ada juga yang boleh main futsal start pukul 2 dan habis bila dengar azan subuh, ada juga yang boleh tahan mengantuk dengan lepak lepak sambil gelak ketawa juga menelan roti canai di gerai gerai yang berhampiran. semuanya boleh menjadi fakor faktor kau untuk  tidak tidur terlalu awal..

dan secara praktikalnya..gua pernah buat perkara di atas kecuali satu saja yang dah lama gua tak buat: berjaga dan hisap rokok.

p/s :sabtu ni gua jadi mc kembali setelah tugas terakhir jadi deejay..walah..
0 sumbang saran

baru..............

Saturday, January 9, 2010

Ada hamba Allah bertanya kepada gua. Kenapa gua lama tak update blog gua??. Gua membalas dengan rasa rendah diri sambil meminum air nescafe " Gua busy sikit sekarang ". sambil tersengih sengih ibarat kerang busuk..........Alhamdulillah..

Hari ini dimana hari gua menulis bersamaan dengan 8 hari bulan tahun baru, gua masih tak ada azam baru.Jenuh gua fikir sampai otak meleleh jatuh ke tielinga menjadi titis segar. Jumpa si polan, dia bercakap pasal azam tahun baru. jumpa sipolan2, dia ckp pasal azam tahun baru. maka,gamaknya gua sorang dah macam ketinggalan zaman tiada azam tahun baru..hahaha..

Cuma gua ada satu jer yang baru..gua beli dompet baru...setelah 8 tahun dengan dompet lama..gua telah membuka satu lembaran baru ..gua tinggalkan dompet lusuh gua tu dengan kenangan lama yang ada di dalamnya..sampai gua check balik..masih ada lagi saki baki tiket wayang KingKong masa gua tengok dekat Genting...anda tahu apa maksudnya..gua selongkar lagi.gua jumpa sim card gua yang pertama gua pakai..0129098467..kalau kau nak dail boleh aja..tapi kalau India angkat dan maki maki kau..jangan salahkan gua...gua korek lagi..gua jumpa kad topup rm 10..masa kad topup tengah besar2 lagi....sekarang dah makin kecil gua tengok....last last korek.tiada apa yang tinggal..hanya bisnes kad yang aku kumpul dari zaman bila ke ntah...