0 sumbang saran

Piala AFC

Thursday, April 29, 2010

Salam Petang,...

Baru saja minum teh panas bancuhan mak gua. Selepas itu, menonton televisyen saluran 180, Astro Arena sambil berfacebook. Gua tengok aksi sukan Piala AFC (bukan liga juara AFC ), Selangor (Malaysia) vs Srivijaya ( Indonesia). Selangor tiada awang import, Srivijaya ada awang import. Hasilnya, kemenangan berpihak kepada Srivijiya dengan jaringal gol 4 berbalas 0. Gua ulang ,4 berbalas 0.

Sehari sebelum perlawanan antara Selangor dan Srivijaya, Wan Jamak Wan Hassan, Jurulatih pasukan N.S mengumumkan tidak akan menjadi wakil Malaysia dalam piala AFC untuk tahun depan. Sebab?. tiada pemain import. Pemain tempatanya katanya tidak mampu untuk merobek gawang lawan.

Gua ada beberapa kesimpulan ....

1. Baik tiada pemain import, kerana dgn adanya pemain import, kredibiliti pemain tempatan seperti dianaktirikan. Susah nak bermain dalam kesebelasan utama. balik2 muka awang import

2. Pasukan kelab atau negeri dari negara jiran (Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand ), mungkin menggunakan pemain import. bukti boleh dilihat apabila 3 penyerang pasukan Srivijaya yang menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Selangor adalah awang import. Pasukan Malaysia yang tiada pemain import tidak perlu risau. Dari perlawanan perlawanan sebegini , mereka boleh nilai aksi mereka sendiri dan tingkatkan pencapaian. Sekarang mungkin kalah, esok lusa tiada siapa yang tau. Lagipun yang bermain untuk negara nanti bukanlah pemain import, sebaliknya adalah pemain tempatan. bukti dah ada, Sukan Sea baru baru ini...

3. Pemain import tidak semestinya mengambarkan kualiti yang baik. Ada pemain yang semata mata mahu bermain kerana duit, bukan semangat. Sejarah ada membuktikan semasa penggunaan pemain import dalam saingan Liga Malaysia..Haram Jadah..

Maka,
pendapat gua, FAM perlu kaji balik perkara ni, Buat masa sekarang, gua tengok pencapaian pemain tempatan adalah baik jika mewakili negara tetapi jika mewakili kelab atau negeri dalam saingan Piala AFC, prestasi merudum...maka.ada pemain import atau tidak...semua terpulang pada diri masing2..anggaplah kau wakil negara masa saingan Piala AFC...Piala AFC jer..bukan Liga Juara AFC pun ..
0 sumbang saran

Monday, April 26, 2010

 ULU RENGGOL 26 April 2010,     3 orang pelatih pusat serenti Benta lari dari universiti. Alasan kenapa mereka lari tidak dapat dikenal pasti. Mungkin mereka merasa bosan setelah hari hari makan makanan dalam tray atau mungkin juga gulai lemak ayam dan sayur yang tidak cukup rasa serta buah yang tidak cukup manis. Lalu mereka bertiga merancang untuk mencari makanan yang lebih baik di luar universiti tersebut

Dah banyak tempat  ke mereka lari?. Mungkin mereka lari ke Kelantan atau Terengganu. Tapi mereka tak boleh lari jauh jauh sebab mereka hanya berseluar pendek, ber tshirt pagoda dan tidak berkasut. Atau untuk lagi efektif dan cantek mereka mungkin berseluar dalam dan tidak berbaju. Apa yang pasti, mereka tidak bawa  kad CIMB, Maybank, atau pun kunci kereta. Sebab itu, mereka perlu  " tumpang " rumah siapa siapa saja. 

Kalau tuan rumah yang "baik hati", dapatlah mereka makan nasi barang sesuap dua dan minum air seteguk. Kalau dapat yang " tak baik hati ", nayalah mereka. kemungkinan mereka akan dilibas dengan parang yang berkilau kilau, diketuk kepala dengan batang paip, disimbah dengan air panas, digeletek perutnya.digeletek perutnya?

Gua dah stanby.. sebab area rumah gua dekat dgn Benta.