2 sumbang saran

Pingangang

Monday, November 30, 2009



Pinggan. Ini Pinggan.Bukan Pinggang


Ini adalah Pinggan.Pinggan ini berbentuk bulat.bulat sebulatnya. setakat ini, gua tak pernah tengok pinggan 4 segi tepat. Pinggan di gunakan untuk pebagai aktiviti. Kau boleh makan apa jua menggunakan pinggan.

Tetapi, pastikan makanan kau tidak berkuah, jika berkuah,kau perlu gunakan mangkuk. mangkuk juga berbentuk bulat. Apa yang pasti, orang melayu akan makan nasi menggunakan pinggan dan bukannya mangkuk. Kecuali ,mereka yang makan menggunakan mangkuk kerana kekurangan duit untuk membeli pinggan.Menggunakan mangkuk juga boleh,tapi mungkin membuatkan kau berasa tidak selesa untuk makan.

Sewaktu  usia gua pada waktu kecil, gua selalu makan menggunakan pinggan.Dan sehingga kini gua masih menggunakan pinggan. Kadang Kadang gua makan menggunakan pinggan yang mempunyai corak yang berbunga bunga.

Arakian, pada waktu itu ketika gua sedang bermain main pada waktu petang bersama teman -teman,gua terdengar perbualan manusia yang sedang menghadapi proses remaja.

Remaja 1 : Rugi semalam kau
Remaja 2 : Kenapa?
Remaja 1 : Aku jumpa awek.bergetah siot!!!.pinggang dia.ramping gila
Remaja 2 : pergh.panas panas!!

Balik saja ke rumah, gua tanya bapa saudara gua. "Pakcu, ada tak pinggan kat dapur kita yang bentuk dia ramping? Kalau ada mesti panas panas". Bapa saudara aku terkedu dan hanya diam saja.



0 sumbang saran

Lelaki Jua

Sunday, November 29, 2009

Hari ini buat petama kali dalam sejarah gua, dan tanpa disedari..

telah bermula disaat ini, ketika gua kebosanan,gua kebingungan,

Gua membuka dan terjumpa lalu gua tonton..oh tidak gua sangka,gua jadi minat dan gua mau layan

Tapi jangan risau, sebab gua takkan mengalirkan mata.gua cuma lihat dengan teliti saja.





Info PendekarYa

1. Cerita ini di peroleh setelah PendekarYa menyelongkar External yang ditinggalkan atau tertinggal oleh         pihak Jakim yang telah pulang beraya ke kampungya.

2. Pendekarya baru saja menghabiskan satu episod ,dan jika tidak ada aral melintang, jika elektrik masih ada, dan lappynya masih berfungsi,maka ianya dapat dihabiskan dalam waktu terdekat

3. Cerita ni sudah lama, cuma PendekarYa ni memang jenis yang suka cerita yang sudah basi.!!
3 sumbang saran

Ini Bukan Rock Kangkang!!

Dicuri daripada Blog Pian dan Juga Ari,dan dipaparkan DISINI
Maka, arakian termaktub la sudah pesta muda mudi kegilaan ramai.
Ianya mampu mempuat gegendang telinga anda bergegar. Maka, hadirlah kita semua ke

ROCK THE WORLD KE..

lanjut,

Masa: 12 tengah hari panas terik ke atas
Tarikh : 26 December, Hari Sabtu
Venue : Stadium Bukit Jalil, Tempat letak kereta A

Tiket RM25 ringgit saja..

Lineup:
Love Me Butch (Best)
Pop Shuvit (Best)
Bunkface (layan)
Robot Asmara (Terlalu Layan)
Saturnine (xpernah)
Bittersweet (angguk kepala)
John's Mistress (xpernah)
SevenCollar T-shirt (feel!!)
Republic of Brickfields (lagi layan)
Restraint (Mantap)
Meet Uncle Hussain (siapa vokalis)
Monoloque ( Bestt)
Bleeding Mascara
Kugiran Di Tepi Pantai ( 60 an)
Azlan & The Typewriters (gaduh la dgn MUH nanti berebut mike)
Brainhead (xtau)
Car Crash Hearts (juga xtau)
Joanna & Co (chumel)
Pretty Ugly (ada lagi?_
Skudap Skudip (danska)
The Otherside Orchestra (layan)
Labrat (x)
Auburn (boleh la)
Couple (yes)
40 Winks (yes jugak)
Free Love (layan
Y2K (best jua)
Second Combat( sedap2)
Sam Kuman (Bosan)
Stonebay (ok la)
Disagree (bagus2)
Lurks (x)
Aku (x)
Rashdan Harith (x)
Liyana Fizi (x)
Mohd Jayzuan (ok la)
Azmyl Yunor (layan gak)
Karen Nunis Blackstone(x)
Otam (ok)
Shahridir & Nizam P (x)
Blindtribe (xtau)
The Times(pergh..layan)


MAIN STAGE
LOVE ME BUTCH, POP SHUVIT, BUNKFACE, PESAWAT, DISAGREE, ZEE AVI, SATURNINE, BITTERSWEET, BLIND TRIBE, JOHN’S MISTRESS, THE TIMES, SEVENCOLLAR T-SHIRT, REPUBLIC OF BRICKFIELDS, RESTRAINT, MEET UNCLE HUSSEIN, AZLAN & THE TYPEWRITER, BLEEDING MASCARA, MONOLOQUE, KUGIRAN DI TEPI PANTAI, UZUMAKI & 2 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

INDIE STAGE
BRAINHEAD, CAR CRASH HEARTS, JOANNA & CO., PRETTY UGLY, SKUDAP SKUDIP, AUBURN, THE OTHERSIDE ORCHESTRA, LABRAT, COUPLE, FORTY WINKS, FREE LOVE, Y2K, STONEBAY, SAM KUMAN, SECOND COMBAT, EVENSTARR, ROBOT ASMARA, AKU & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR

CHILL OUT STAGE
RASHDAN HARITH, LIYANA FIZI, LURKS, OTAM, MOHD JAYZUAN, AZMYL YUNOR, KAREN NUNIS BLACKSTONE, BO, SHARIDIR & NIZAM P, RENDRA ZAWAWI & 4 WINNERS FROM HYPPTUNES ROCK THE WORLD 9 BAND SEARCH TOUR


Setelah itu,arakian marilah kita datang beramai ramai menyantap muzik muzik yang indah untuk di dengar..
3 sumbang saran

ramai

Saturday, November 28, 2009

"Kenapa Blog kau xramai follower?"
    "Sebab ramai yang xbaca tulisan aku kot'"
"Ramai yang baca, tapi tak ramai yang follow,kenapa?"
    "Sebab mereka lupa nak tekan butang Follow kot"
"Habis kau tak ajak mereka suruh follow kau"
    "Aku tulis apa yang aku rasa saja,kalau mereka baca sudah kira untung, kalau mereka follow lagi bagus"
"Kan bagus kau ajak mereka follow kau"
    "Kalau mereka tak mau aku tak paksa"
"Kau suruh la mereka follow"
    "Jgn  paksa apa yang orang tak suka"
"Bukan paksa,suruh mereka follow kau saja"
    "Kau pernah makan selipar berharga RM5 x???"
"??"
0 sumbang saran

Tok Guru

Friday, November 27, 2009

Kalau kau nak belajar main gitar, macam mana nak petik tali dengan betul serta pegang cord dengan tepat dan sedap didengari,boleh jumpa Hati Kusut. Tapi dia akan ajar sekejap saja sebab dia kembali dengan Myspace dan Facebooknya

Kalau kau nak belajar macam mana nak buat filem, boleh jumpa Tok Rimau atau Deansham.Mereka akan ajar,tapi mungkin mereka akan suruh kau dapat segulung ijzah dulu takpun suruh je kau berguru dengan Prof Madya Razak.

Kalau kau nak main seruling, kau boleh jumpa Harimau Berantai sebab dia pemain seruling amatur yang terkenal seantero alam.level beliau hanyalah kurang satu inci dari Mohram dan lebih satu setengah inci dari Din Beramboi

Kalau kau nak belajar mereneh ayam untuk BBQ, boleh jumpa Anip Si Putih.Dia akan ajar kau mengunakan rempah ratus yang betul ,teknik ramasan yang betul,adunan yang betul. Walaupun ketika itu bulan puasa

Kalau kau nak belajar menari dengan baik,..hmm.kau tak perlu ke Sehati Berdansa atau mencari Stacy untuk ajar sebab kau boleh belajar dari "lelaki lelaki" dari unversiti berteknologi yang terkenal di malaysia..auwww!!!!!

Amin...
0 sumbang saran

Angkatan Belia Insaf

Thursday, November 26, 2009

suatu malam yang hening pada bulan 11 penghujung tahun 2009, 6 orang pemuda sedang menikmati sate bersama sama air yang disediakan.hujan pula tidak turun dengan rintik rintiknya

Pemuda 1 : Kita perlu buat juga
Pemuda 3 : apa?
Pemuda 4 : apa lagi yang si anu anu tu la tu
Pemuda 5 : Tak perlu besar,kecil pun cukup.besar sangat tak best,tak mashuk...

suasana hening seketika

Pemuda 2 : aku cadangkan Pele Ub
Pemuda 4 : Pele Ub?
Pemuda 1 : lucah!!
Pemuda 3 : biar betul??
Pemuda 5 : Kena reject nanti kot
Pemuda 2 : Persatuan Lepak  Raub.
Pemuda 1,3,4, 5: ooooo...

Pemuda 6 hanya mendiamkan diri sambil menghabiskan sisa sisa sate yang masih ada.
0 sumbang saran

Kalau Cakap Salah, Tak Cakap Pun Salah

Wednesday, November 25, 2009

Baru sebentar tadi gua menonton Buletin Utama  TV3. Maaf, gua  tak tonton Berita Perdana di TV1.Mungkin penyampaian di Stesen Televisyen Berhad yang pertama di Malaysia lebih menarik isi kandungannya. Tertarik dengan satu tajuk apabila Kerajaan Selangor haramkan BTN atu dengan nama Glamournya Biro Tata Negara.Menarik...dan juga menakjubkan.mungkin satu agenda baru dari "Adil". gua bukan orang BN atau secara tepatnya UMNO dan gua juga bukan orang ADIL.Pengalaman gua menghadiri BTN, gua tak tau nak tafsirkan macam mana.mungkin gua bukan seorang penganalisis politik di mana kau perlu tau pasal semuanya.termasuklah dari segi Kebajikkan,Lompat Parti, Rasuah,Ekonomi dan apa menatang haram lagi yang berkaitan.Secara ringkas dan padatnya, BTN memanglah satu agenda Kerajaan.Kerajaan mana?yang itu kita tak tahu.hehe.memang BTN dicipta untuk memupuk kecintaan terhadap BN.eh, silap kecintaan terhadap negara.Shiapa - shiapa yang pernah pergi BTN,gua cadangkan kepada anda anda semua bertanyalah kepada mereka yang sudah pergi

Tepuk dada tanya selera
0 sumbang saran

Selagi Ada Waktu

Tuesday, November 24, 2009

Bangun saja waktu pagi, Pendekarya sudah dapat satu mesej berbunyi " jam 2.30 pegi bandar jom?" sambil tersenyum gua membalas dengan menaip butang butang nombor "Set..2.30 siap " mau pergi mana ya petang ni, bisik hati gua. bukan apa, sudah lama terperap dalam rumah disebabkan cuaca yang tidak mengizinkan. mujur dekat rumah boleh juga menambah ilmu dengan membaca surat khabar eletronik sambil minum air mangga.

dengan langkah yang perlahan. gua beransur pergi ke arah mak gua yang tengah duduk sambil memerhati langit. gua berbisik " mak, petang ni nak pergi bandar" mak gua balas "ok,hati hati".bagus,kebenaran sudah diberikan.gua memang suka cakap kat mak gua kalau pergi keluar atau jalan jalan. bukan apa, senang nanti mana tau ada perkara yang tidak diingini berlaku, boleh beritahu terus.

menunggu kadangkala membuat manusia jadi meyampah atau bingung seketika.tak kira kau menunggu siapa, awek, teman karib waima keluarga sekalipun. mujur kawan gua sampai tepat pada masanya.padahal, kami berdua sama saja.kalau bukan dia yang datang lambat, mesti gua yang bersiap lambat.lelaki juga seperti wanita.perlu membuat penampilan diri dulu sebelum keluar.bukan seperti lelaki metroseksual.cukup sekadar mengenakan baju, seluar, pakaian dalam, deodoran, minyak rambut dan sedikit minyak wangi sudah kira bagus bagi gua.

destinasi pertama sudah pasti ke bandar Raub. tapi perlu jemput Qumad dan Wan dulu.Qumad tinggal di Kg Sega Lama. Wan tinggal di Kg Sungai Pasu.Pelik kan nama kampung kampung di daerah Raub.tapi,gua rasa bukan di Raub saja, malah di serata ceruk di daerah Pahang ni pun sama. Malah, bukan di Pahang saja, gua rasa di seluruh Negeri di Malaysia pun sama.Maka, nama nama Kg di Malaysia memang boleh di katakan begitu unik sekali.


Sampai di Bandar, gua kena pergi Maybank dulu, Bank In duit RM 35 dekat kawan untuk bayar bil air dan elektrik semasa gua belajar bagaimana menjadi seorang pekerja yang bekerja di Keydah pada watu terdahulu.Gua rasa seperti warga di zaman Paleolitik,Mesolitik Neolitik mahupun Logam sedikit apabila masuk Maybank. selalunya masuk CIMB atau BSN.mungkin dekat Raub maybank baru wujud.mungkin lepas ini gua harus membiasakan diri di banyak tempat temapt lain

Benar kata pepatah melayu,jauh perjalanan, luas pengalaman. bila jauh berjalan, maka perut pun mula menyanyikan lagu. mula mula lagu keroncong, kemudian lagu balada.lama sikit dah keluar lagu Pop Rock.kemudia lagu Rock.last sekali lagu Hardcore.Marrybrown juga yang nampak di mata,lekat di hati,maka, berhabislah gua dengan rakan gua sepuluh ringgit seorang.



inilah Qumad,berketinggian yang tidak dpat diketahui
berasal dari Kg Sega Lama,
Pelajar Tahun Akhir UTM
kos apa dah lupa


 ini namanya Emel.nama panjangnya Ahmad Aimil
Amma .Sekarang belajar di Uitm Kedah. anak Bongsu


 
Ini namanya Azwan atau nama kengkawannya Wan
tidak suka pakaian Bundle, pelajar Uitm Shah Alam.


untuk hari ini, berjumpa lain kali bersama PendekarYa.
2 sumbang saran

Monday, November 23, 2009

"siapa itu kasim selamat? loyar. majistreet".

"bukan, kassim selamat adalah ahli muzik"

"ahli muzik?pantang keturunan dato nenek moyangkan berlatarkan ahli muzik".


kalau dulu nak kahwin pun manusia masih ikut darjat.apatah lagi sekarang.tapi ada juga benarnya pepatah "Tak Kenal Maka Tak Cinta". kalau sudah sayang seribu kali sayang, anak dara orang sanggup di bawa redah.redah ke mana?..aa yang itu kita tak tau. bila nak pinang anak orang nak kena ada duit.nak kena ada duit, kena ada kerja.nak kena ada kerja, kena habis belajar dulu baru boleh dapat gaji..proses "membeli" anak orang bukan dapat seratus dua lagi sekarang.kecuali ada kelompok manusia Malaysia bertamadun yang berhati mulia dengan membenarkan perkahwinan anaknya tidak menggunakan jumlah wang yang banyak.

berapa hantaran yang perlu aku sediakan untuk perkahwinan aku nanti??
0 sumbang saran

Sunday, November 22, 2009

hari ini banyak masa dihabiskan dengan bermenung dan berfikiran sendirian di dalam bilik beratapkan zink.

aku tengok ke arah jam.masa.banyak masa yang aku bazirkan..masa yang patut digunakan untuk membuat seuatu yang penting aku xaplikasikan semuanya.memang susah nak patri minda suruh lekat dan patuh dgn masa.kalau masa ada 48 jam satu hari, macam macam manusia boleh lakukan.hari bekerja juga berubah, tenaga kerja juga berubah.mana manusia mampu kerja 48 jam.24 jam pun zero.paling kuat 12 jam.ada hikmah tuhan cipta masa 24 jam. kalau undur masa yang lalu.banyak perkara yang boleh buat tetapi tak buat.manusia memang diartifakkan sebagai pencari alasan.mungkin kekangan masa dan juga ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan.

tengok pada album digital dalam laptop.kisah kawan kawan bersama kawan kawan.nampak primitif gambar gambar dulu.aha.kadang - kadang kawan perlu mengembirakan hati kawan kawan.dan kawan juga perlu tau apa itu erti kawan.bukan sekadar berkawan.berkorban terhadap kawan sebab cinta?pelajaran?nasib?atau perkata yang setimpal dengannya.semuanya bergantung kepada bagaimana cara kau fikir.kalau fikir untuk hiburkan hati kawan kawan..buat lah yang terbaik..

hari ini..masa dan kawan..mungkin boleh jadi satu
0 sumbang saran

Entri TiadaTitel

Friday, November 20, 2009

Lepas Sembahyang Subuh,gua lena sekejap.seperti biasa..malam tu tak tido.adalah kerja yang dibuat.sedang enak tido.lebih kurang pukul 9.terdengar perbulan dekat bawah rumah(rumah gua rumah kayu.rumah kampung,jadi sebarang perbualan boleh dengar walau sebelah bilik pun)

Pak Mxx Ked : Haluu...assalamualaikum

Hajah Noruyah : waalaikumsalam.ada apa?

Pak Mxx Ked : Nampak anak hang kt kedai..dia kata ada petai lebih kt umah

hajah Noruyah : ada2.nak ke?

Pak Mxx Ked : buleh juga.jual 1.60 sikat no.

Hajah Noruyah : eh..mana boleh weh.anak kaih jual 2.00 kt kedai..kt sini 2,00 jugok la

Pak Mxx Ked : hang ada berapa ikat?

Hajah Noruyah : tinggal lagi 30

Pak Mxx Ked : berapa?

Hajah Noruyah : 30!!

Pak Mxx Ked : hang ckp kuat sikit .aku ni tuli.

Hajah Noruyah : meh la sini tgk petainye

tengah bersembang , Pn Sabariah sampai ke rumah setelah menjual petai di kedai yang berhampiran

Pn Sabariah : Pak Mxx,kami jual 2..00 tau

Pak Mxx Ked : tak buleh ker no?bukan 1.6 kupang?

Pn Sabariah : tak boleh

Hajah Noruyah : xbuleh..kedai 2 ringgit cni 2 ringgit

Pn Sabariah : Pak Mxx duit banyak ,takkan dua ringgit pun xboleh amik

Pak Mxx Ked : yer la aku amik la

Hajah Noruyah : duit banyak buat apa Pak Mxx.xpergi haji ker

Pak Mxx Ked : pergi haji apa..membazir, bih bek aku belik kereta.tgk kereta aku beli tue

Pn Sabariah : berapa harga Pak Mxx

Pak Mxx Ked : 160000

Hajah NOruyah : Kesh?

Pak Mxx Ked : kesh la,mana main hutang2.payah no..aku beli petai ni ya..eh.hang berdua janda..xmo kawin lagi ka?

Pn Sabariah : takpe la Pak Mxx.dah tua

Pak Mxx Ked : oh yaka.bukan apa..klu mau aku ada calon..takpala,aku p dulu ya..


deruan enjin berlalu..hapa..ganggu aku tidur saja Pak Mxx itu..hmm.
0 sumbang saran

Seronoknya Bila Dapat Kerja

Tuesday, November 17, 2009

Lepas Saja tengok Buletin Utama TV3, telefon rumah gua berbunyi dengan nyaring. Mak gua guna ringtone no 2.kuat sikit dengar bila duduk dekat dapur. oh, Pakcu telefon. Opah gua angkat.telefon rumah gua boleh pakai loudspeaker macam henpon. so, gua turut injam telinga untuk dengar.dapat kerja rupanya (untuk makluman, pakcu gua sama umur dengan gua.dulu dia belajar dekat jordan dlm jurusan bla bla bla).wow..dekat putrajaya...bawah Jakim..belum tetap lagi..try 6 bulan dulu.sehari mereka bagi RM 55 ringgit..kira gaji hari..hmm.banyak juga..kalau sebulan dah satu ribu lebih. sudah boleh beli macam macam. boleh beli baju,seluar,peti,dapur,pinggan mangkuk, dan yang penting boleh tanggung diri sendiri.

Bila gua fikir punya fikir. gua harap gua dapat habiskan pelajaran gua dengan cepat agar gua boleh dapat kerja dengan cepat. agar gua boleh lalui semuanya dengan cepat.hahahaha..salam
0 sumbang saran

Kering Sekeringnya

Malam ni dan sebelum malam ini otak gua kekeringan idea.akal sukar untuk berfungsi akibat dimatikan oleh hati sendiri yang malas mengilusikan konklusi. sudah lama tak pulang ke kampung halaman.kali ni ada kemajuan sedikit..gua balik pakai internet.tapi jenis murah saja.gua bukan anak orang kaya beb(memetik kata seorang pelakon dlm filem Balo arahan Deansham). Balik saja kampung, otak mula malas berfikir untuk bekarya.almaklumlah,makanan masuk ke perut melalui waktu yang tetap dan padat.pagi,tengah hari, petang, malam,tgh malam.semua full.tak mau habiskan tak boleh..makanan mak buat kena makan sebab sedap dan tak mau kecilkan hati mak. maka melalui detik detik itu. otak mula meracau racau minta dibekukan dari sebarang pemikiran..sungguh kejam..tapi apakan daya...makalah jua..gua balik semula nanti ke UT...dalam keadaan kegemukkan.kuranglah kekeringan di badan gua..wallahualam...
0 sumbang saran

Rona Roni Kota Raya

Thursday, November 12, 2009

Jam Menunjukkan pukul 3.30 p.m.hari menunjukkan tanda hujan mau turun.rintik rintik sudah ada dan menitis ke bahu.mungkin jurukamera yang efisen boleh mengambil gambar rintik itu.Puduraya penuh sesak.turun saja dari bas

Teksian 1: Bro, teksi bro.balik mana bro
Teksian 2: adik,nak pergi mana adik?cheras?ampang? KLCC
Akuan: takpe2 its ok..saya ada kenderaan

tujahan permintaan dan pertanyaan dari pemandu teksi supaya menggunakan perkhidmatannya.perjalanan diteruskan dengan menggalas sebiji beg dengan tangan kanan sebuah beg jinjing serta sebiji notabuku.

menyusuri tepi tepi di puduraya, membuatkan jiwa,hati,perasaan menjadi gusar.tangan sentiasa memegang dompet.mata meliar ke kiri, ke kanan,ke depan,ke belakang. bukan meliar mahu mencari masalah atau mahu merompak.tapi kerna dek takut disamun.

perjalanan diteruskan.sampai di persimpangan Petaling Street. segera menaiki jejantas untuk ke seberang jalan.ada dua orang pengemis.hati berkata..nak bagi ke tak. nak bagi ke tak nak bagi ke tak. akhirnya kata hati lenyap saja sambil aku menuruni tangga ke bawah .

sampai saja ke bawah jejantas

"adik adik.mri tgk pakej ni adik, saya jamin gerenti murah kalau adik beli pakej ni..just gores saja dan adik bakal menangi hadiah lumayan"

" takpe.saya dah biasa menggores"

"ini betul adik,kami tak tipu"

"kejap, nanti saya telefon bapa saudara saya,bapa saudara saya polis"

pemuda itu terdiam lalu pergi.hilang sudah mulut ligannya setelah dengar perkataan polis..Polis polis..kau mempunya kuasa betul.sebut nama saja mereka sudah takut

aku melewati Central Market.Tempat Ramli Sarip pernah menterjemahkan lagu lagunya. lapar...mata segera tertumpu kepada penjual goreng pisang.belum sempat beli, keluar perkataan myanmar dari penjual tersebut.dengan langkah perlahan aku berundur meninggalkannya.aku takut minyak yang digunakan untuk goren pisang itu sama dengan minyak goreng benda lain

Pejabat Pos yang terlihat memang agak besar..tak sangka banyak pembaharuan sekarang di lakukan oleh Pos Malaysia.bangga juga..paling ketara baju yang di pakai oleh pekerjanya sekarang..hmm renovasi, atau evolusi?

akhirya destinasi yang dituju sudah tiba. stesen Komuter Kuala Lumpur..yeaa.sudah habis untuk pengalaman hari ini di rona roni Kota Raya Kuala Lumpurrr,,
0 sumbang saran

Tiada lagi Chenta Untuk Malam ni

Gua bukan mamat jiwang and gua bukan mamat tangkap lentoq. Paan Kering dan Syah Bonzai memanggil gua sebagai Kamus Wanita. Bukan Kamus Dewan edisi ke bla bla bla.

itu hanya intro daripada gua.sedang enak meneguk kopi panas buatan sendiri, paparan dari skrin dari bukunota(notebook) memaparkan gua di buzz oleh seseorang..hey ladies...tiada lagi chenta untuk malam ni.wah..sungguh klasik arakian ayatnya si pembuzz itu.hahaha

sungguh klasik ayat dia.tiada lagi chenta untuk malam ini

adakah chenta akan ada untuk malam2 seterusnya????
3 sumbang saran

Singapurapura (Part 2)

Wednesday, November 4, 2009