0 sumbang saran

Lajunya Mereka Berjalan

Tuesday, December 29, 2009

Rakyat di negara maju sentiasa berjalan dengan cepat untuk memastikan mereka sentiasa tepat pada masanya ataupun peel mereka yang sentisa berjalan cepat.tidak kira mereka mahu pergi ke pejabat, ke pasar, berjalan-jalan dan sebagainya

Malaysia...sebuah negara bertuah....kerana dalam berjuta rakyatnya..terdapat dua orang yang telah mempraktiskan cara tersebut

"pergh..nasib baik sempat masuk kelas tepat.kalau tak.tak dapat ambil kuiz gamaknya."
2 sumbang saran

Seni

Tuesday, December 8, 2009

Sungguh terpegun dan kagum melihat hasil taipan blog yang dikarang oleh blogger kegemaran gua. Sindiket Sol -Jah, Pipiyapong, Tok Rimau, Dean Sham, Aldin Shauki dan banyak lagi.Mereka ini bukannya guna bahasa melayu seratus peratus.Kalau Cikgu bahasa Melayu check, konfirm dapat C.Tetapi,Olahan dan tulisan mereka mereka ini yang menarik bikin pembaca tertarik. ini tak kira lagi dengan perkataan berteknologi tinggi yang mereka keluarkan.

Semuanya orang seni barangkali.betul, seni yang tak terbatas. Kalau kau jadi Pengawal Keselamatan sekalipun, kalau kau ada seni. tak kira seni apapun, keluarkan saja. Mana tau nanti rezeki seperti menang Loteri. Jangan kutuk kalau ada yang tak tau intonasi bersajak. Kadang kadang, lontaran suara mereka mungkin  tidak betul. Cuba Imiginasi saja isinya. Menulis juga seni, apatah lagi menulis lirik lagu, puisi, pantun, gurindam dan sewaktu dengannya. Apatah lagi kalau bermain alat muzik. Tak kira kau boleh main alat apa sekalipun.

Hari ini, gua cuba berimiginasi sebentar untuk mencipta kata kata seni yang indah..!! aishh
0 sumbang saran

Hari Ahad

Sunday, December 6, 2009

Hari ini tepat pada pukul 6.10 minit petang tadi, Dato Lee Chong Wei telah mengesahkan kemenangan dalam Kejohanan badminton World Super Series Johor Bahru. Woo Meng Choo juga menang untuk perseorangan wanita, Beregu wanita negara juga menang. gua tengok live dekat TV1 sebab TV3 tak buat live. Nak tgk live dekat ESPN, StarSport atau saluran sukan yang sewaktu dengannya,Astro di rumah gua hanya ada yang biasa - biasa saja. Maka, bertapa la gua dari pukul 2.30 sehingga pukul 6.10 melihat aksi aksi tangkas pemain- pemain terbaik dunia. Syabas!!

Maka, petang itu juga gua mengeluarkan duit sedikit untuk beli shuttle dan main badminton dekat kampung sebelah. Alhamdulillah, skill pada petang itu berjaya dikeluarkan dengan egonya..zasss

-rehat-

Lepas sembahyang, Gua lepak sambil tengok Buletin Utama, ada berita masalah jambatan mendap sebab hujan lebat yang melanda dan jambatan pula masih menggunakan jambatan kayu(tempat lupa untuk dikenal pasti). Maka, orang kampung nak jambatan konkrit sebab mereka tak boleh bawak hasil tanaman dan segala galanya ke luar.Bermakna, periuk nasi mereka tersekat. TV3 datang buat litupan (liputan). Ketua Kampung kompelin dekat wartawan Tv3. Tetapi bukan KaramSingh Walia.Menteri XX dibagitau. Menteri itu janji jambatan konkrit akan di bina dalam masa dua bulan lagi.

Temanya,adakalanya suara suara orang ramai terutamanya orang orang kampung macam gua hanya akan mula didengari bila ada kes kes yang masuk Buletin Utama TV3. Kalau tak masuk, haram!! kau bagitau la macam mana pun..

Kalau dua bulan jambatan konkrit tak mula di bina,mungkin story ini masuk TV3 lagi
3 sumbang saran

Begitu Sebati

Saturday, December 5, 2009

Pernah kau dengar..

Situasi A
A: Aku nak ke kedai, beli Colgate
B: Laparla plak, jom masak Maggi
C: Abang, bagi duit sikit, nak beli Pampers untuk anak
D: Bang, bagi Milo ais satu

Atau, kau pernah dengar mereka berkata seperti ini

Situasi B
A: Aku nak ke kedai, beli Ubat Gigi
B: Laparla plak, jom masak Mee Segera
C: Abang, bagi duit sikit, nak beli lampin pakai buang untuk anak
D: Bang, bagi air Koko ais satu

Situasi A adalah Jenama dan situasi B adalah Produk.Kita selalu terbiasa untuk panggil produk menggunakan jenama lain.gua bagi satu contoh, kau beli Mee Cintan, tapi kau sebut membeli Maggi...

Anda Faham apa gua terangkan??
3 sumbang saran

Kembali Mengenang Semusim Lama

Friday, December 4, 2009

Hari ini bukan lagi Hari ini dalam sejarah PendekarYa.Tetapi, hari ini adalah hari mengenang kembali sejarah.

Hari ini gua dah jadi seorang Mahasiswa yang bakal menamatkan pengajiannya...


SATU


Bermula ataupun semenjak dari darjah satu, gua tak pernah dapat nombor 1 dan gua juga tak pernah dapat nombor akhir sekali. Nombor SATU sinonim dengan kejayaan. Bila dapat nombor satu, mungkin Mak dan ayah kau bangga. Canang keliling kampung beritahu bahawa anaknya dapat nombor satu. Si ayah akan lepak - lepak kedai kopi beritahu sama Wak Jono atau Pak Abu sambil kunyah goreng pisang panas sambil cakap pasal kau dapat nombor 1. Si Ibu akan bertandang ke rumah jiran sebelah sambil bawa kuih muih atau bubur pisang sebagai sedekah sambil gosip - gosip hangat tentang kau dapat nombor satu..Kalau yang alim dan reti pasal agama,keluarganya akan beri pujian  pada kau dan hanya beritahu sesama ahli keluarga dan mungkin akan ada bonus untuk kau sebagai ganjaran kerana berperang otak untuk dapatkan nombor satu.

Masa kecil, gua bukan lah penggemar kejayaan. Kebiasaannya, gua akan dapat nombor tengah-tengah. Kalau murid ada 40 orang, gua akan dapat no 20 atau 18 atau 19. Kalau gua semangat sikit gua akan dapat nombor yang tinggi lagi dan semangat itu selalunya datang pada peperiksaan akhir tahun di mana gua berjuang sehingga ke akal yang terakhir. itu pun, gua masih tak dapat nombor satu.Angka yang paling tinggi gua pernah cecah adalah nombor 4. empat tolak 1 sama dengan 3. lagi tiga manusia  gua tak dapat tewaskan.ceh.

Masuk sekolah lagi besar, dimana bangunannya besar besar. Guru - gurunya juga besar dan murid muridnya juga besar. Apatah lagi dengan akal akal pelajar yang besar -besar. Maka, gua pun membesarkan diri dengan beraninya. Itupun gua masih kempunan untuk dapat nombor satu

6 tahun dekat Sekolah Besar, barulah gua dapat nombor satu. itu pun  bukan nombor satu dalam pelajaran. Maka, boleh juga la dijadikan aspirasi untuk gua belajar. Rasa seperti memenangi Anugerah Skrin TV3 ataupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian..

Apa yang gua dapat nombor satu?

1)Orang nombor satu apabila berlakunya meeting -meeting antara pengetua dan pelajar pelajar yang mengawas orang lain. dengan jawatan in juga, gua banyak bikin hal..pertama kali barangkali..

2.Gua bukan jaguh pecut seratus meter.tapi sekali gua cuba 800 meter, gua dapat nombor satu. terima kasih wahai sifu gua, Faizul hassan. Warga Kenya yang mendapat kerakyatan Malaysia dan mewakil Raub dalam kejohanan Olaharaga Peringkat Daerah

3.Junior sekolah tanya gua, boleh bersyarah?gua cakap boleh dan dia mintak gua ajar. Pada satu waktu, gua kena berpidato plak.Macam mana ni? gua hanya ada pengalaman tipu. Gua dapat CD pidato dari guru gua,Gua tiru, dan gua menang.Gua dapat nombor  SATU!! dan gua dapat melancong pergi kuantan sambil menikmati wang RM200..

Hari ini,gua masih lagi mencari..apa yang gua boleh dapat nombor satu...

-SALAM-
4 sumbang saran

ZOOM LANCHANG!!!

Thursday, December 3, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah PendekarYa

Hari ni gua bersama dua lagi sahabat sejati  yang bermukim di kampung  yang sama pergi menenangkan diri menikmati keindahan Hutan Hujan Tropika. Motifnya adalah untuk pergi melihat Gajah dan juga hidupan hidupan yang lain.

Destinasi : Kuala Gandah,Lanchang, Pahang
                Deerland Park, Lanchang, Pahang

Masa Perjalanan adalah 1jam 15 minit. Minyak  RM 20 Pergi dan balik. Bayar sikit seorang. itu kalau kau ikut dari Raub. Dari Raub boleh terus masuk simpang Mempaga. Disana, kau boleh lihat pemandangan yang indah -indah belaka termasuk berselisih dengan lori lori yang membawa muatan yang melebihi had.

Kalau dari Kuala Lumpur,boleh ikut Bentong dan kalau tak tau jalan seterusnya, boleh berhenti di stesen minyak Petronas, Shell atau BHp untuk bertanya. Pastikan kau tak tanya Pada Mat Bangla yang bekerja di stesen minyak.Kalau dia tahu, itu boleh dikira ok.o.


Inilah Gajah di Kuala Gandah,Santuari Gajah.Malangnya gua sampai lambat untuk tgk serta mandi dengan gajah. Dekat sini special sikit. Kau boleh mandi dengan gajah sambil bemesra dengan gajah tersebut.


Gua cadang nak pegang yang lagi besar,tapi dapat yang ni saja. Maka, bolehlah dibuat bergambar



Ini beruang hidup.bukan tipu.Dekat Deerland kau boleh masuk dan belai belai dengan beruang. Tapi,pastikan ada staff. Kalau kau masuk sendiri, jangan terkejut tengok muka kau masuk Berita Harian Keesokkan harinya



Ini adalah Rusa yang jinak.Beliau jinak sebab di tangan gua ada makanan. Jadi, bila beliau nak makanan,beliau akan gesel2 dekat seluar gua.





Tulis RM10, tapi bayaran masuk RM5.Mungkin yang jaga kaunter tu bagi diskaun lepas tengok muka gua

 -Harap Maaf.Gambar Kurang Memuaskan_
2 sumbang saran

Wednesday, December 2, 2009

Salam.

1 Desember 2009, Arakian tersebut lah kisah

Sang Putera Najiwojowo bersiar siar di taman kesukaan beliau. Maka, hendak dijadikan cerita, ketika Sang Putera Najiwojoyo berjalan jalan, ternampak lah beliau seorang puteri.maka,wujudlah cinta pandang pertama di hati Sang Putera Najiwojoyo.Dan akhirnya diketahui jualah bahawa nama si puteri itu adalah Puteri Majawaka Simada. Maka berjumpalah lah mereka sehingga wujudlah kuntum kuntum di hati mereka. Kuntum kuntum menjadi mekar dah bercambah. .....

Bermula dari hari itu,mengembaralah mereka bersama sama cinta yang mekar dihati samada menuju ke Marikh,Amazon , Pulau Sipadan dan sebagainya...


                                                                   Sang Putera Najiwojoyo