1 sumbang saran

Bila Atuk Dapat Motor..

Saturday, October 31, 2009

Bila Atuk dapat Motor

Atuk try belajar bawa dulu.dapat bawa pusing round satu kampung. atuk kata "aku pecut 80 km/j tu". Opah muka gusar.lepas lama sikit.pakcu tumpang naik.mereka ketawa gumbira.Labu tersengih sengih macam kerang busuk memandang mereka.

Bila Atuk dapat Motor

Atuk hantar Pakcu dan emi pergi sekolah.Labu ikut sekali. tapi sekali saja sebab atuk tak larat nak ulang alik .atuk tak berani bawak bertiga ,maka kena ulang alik bawak moto.

Bila Atuk dapat Motor

Labu try stat enjin.hidup.Opah bising nanti motor melompat. Alah,macam la opah tau pasal bawak motor ni.bawak basikal pun lepas sikit sikit je.atuk hanya pandang jer sambil makan cekodok mak labu buat

Bila Atuk dapat Motor

Atuk jaga betul betul motor.atuk kata, motor ni kena jaga selalu.susah nak dapat.minyak itam selalu tukar. Plug pun kena tukar. tayar kena kilat.cermin kena ada dua.signal kena elok.lampu pun sama.bakul mesti ok. enjin kena jaga.sungguh cermat atuk aku jaga motor, bisik hati labu

Bila Atuk dapat Motor

Atuk selalu bawa opah pegi pekan.kadang kadang pekan Khamis dekat Kuala Atok.kadang kadang Pekan Selasa kt Sega.Kalau Pekan Ahad dan Pekan Rabu, atuk parking moto kt Sega dan naik bas.gamaknya, dekat daerah labu ni, tiap tiap hari ada pekan.tapi yang pasti, tiap kali pekan ,labu akan kirim surat khabar, maka tiap tipa hari labu baca surat khabar.

Bila Atuk dapat Motor

Satu hari Atuk pergi Pekan dengan Opah.Atuk hantar Opah balik.Atuk lupa nak Bayar bill Air,maka dia pergi Bayar..sampai nak masuk simpang rumah, Moto atuk kena langgar dengan kereta.atuk terpelanting.motor berpusing dua tiga kali. Orang ramai serbu kt atuk.kaki atuk dah terkulai.gigi atuk patah.nadi atuk dah takda.atuk dah pergi

Bila atuk dapat motor

Motor Atuk, pokde baiki.Jadi elok balik,overhall sana,tukar sparepart sini,modal andak yang keluar.habis RM400.kesian andak.Opah trauma naik motor.Last2 labu yang jaga motor Atuk.Pakcu take, menuntut ilmu ke Bumi Anbia,moga2 dia balik dengan cemerlang.2 bulan, baru Opah berani naik moto.baru labu tersenyum dapat bawa motor kesayangan atuk.ke hulu ke hilir, pecut sana, pecut sini..merempit..eh.x.bukan merempit ...bukan. sebab motor atuk tak boleh mmencapai 120 km/j

Bila Atuk dapat Motor

Motor itu masih ada. walaupun Honda Cup 70 cc.Labu pandang masa depan, Semangat Atuk tetap ada di Motor itu
2 sumbang saran

Sudi Tak Awak jadi BF Saya?????

Tuesday, October 27, 2009

dipetik dari kisah benar semasa Saiko sedang berchatting(ayat ini dicopy paste dari ym)

BUZZ!!!
BUZZ!!!
jukabita: salam
Suria Mahamood: awak fridaus
jukabita: yapp
Suria Mahamood: itu pic awak ke

You have accepted the invitation to start photo sharing.

jukabita: yap
jukabita: itu la pic saya
jukabita: ok
Suria Mahamood: awak dah lihat pic saya..
jukabita: tgh loading
jukabita: ahks
Suria Mahamood: macam mana??
jukabita: xclear lagi
jukabita: yuhu
Suria Mahamood: awak study apa??
jukabita: marketing.
jukabita: ahaks
Suria Mahamood: kat mana???
jukabita: utm skudai
Suria Mahamood: mesti ramai dah jatuh hati kat awak??
jukabita: ehe
Suria Mahamood: sebab awk hensem
jukabita: kenapa kata begiu
jukabita: hensem
jukabita: hensem la sangat
jukabita: ahaks
Suria Mahamood: awak boleh bagi tarikh lahir..
jukabita: 14 julai 1987
Suria Mahamood: awak sudi jadi bf saya??
jukabita: eh..kan kita baru berkenalan..
jukabita: hati budi pun masih lum kenall.
jukabita: mana tau saya ni jahat ker..
jukabita: perogol ker
Suria Mahamood: saya tak rasa awak jahat
jukabita: yer ker?
jukabita: hu3
Suria Mahamood: saya cuma tahu awk baik...
jukabita: ahaks
jukabita: gambar tak clear la
jukabita: hu3
jukabita: ader cam?
Suria Mahamood: tak ada..
Suria Mahamood: hp awak boleh mms
jukabita: saya pakai hnset biasa
jukabita: hnset lagi satu tgh baiki
jukabita: hu3
Suria Mahamood: saya tanya lagi sekali awak sudi bf saya???
jukabita: kita baru kawan..
jukabita: baru je lagi kan.
Suria Mahamood: tak semestinya...
Suria Mahamood: baru kenal cinta xboleh cauple..
jukabita: kenapa awak nak sgt cari bf?
Suria Mahamood: dalam bercinta pun kita boleh kenal siapa dia kan...
jukabita: yer la
jukabita: kenapa awak nak sgt saya jadi bf awak?
Suria Mahamood: saya terus kan ambil dia jadi bakal suami saya....
Suria Mahamood: bukan sekadar bf...
jukabita: suami?
jukabita: bf?
Suria Mahamood: bf ke arah suami..
jukabita: kenapa cepat sngt?
Suria Mahamood: bukan bf yang hanya mainan
jukabita: saya masih belum habis sutdy
jukabita: duit pun xde lagi.
Suria Mahamood: saya mahu rehat dan saya mahu waris untuk semua yang saya ada yang bakal saya miliki akan datang..
Suria Mahamood: awak ada berapa sem lagi dan sekarang awak ambil degree atau dip??
jukabita: apa yang awak wariskan..
jukabita: amik deg
jukabita: tgal lagi satu sem
jukabita: sem dpn
Suria Mahamood: jadi saya mahu mari pun lagi 2tahun...
jukabita: mahu mari ke mana?
Suria Mahamood: saya nak kita cauple sekarang...agar semua yang saya ada sekarang saya dah boleh tulis atas nama awk..
jukabita: age awak brape?
Suria Mahamood: saya tak lama lagi boleh bertahan berdiri atau berkerja...
Suria Mahamood: 22(28/09/1987)
Suria Mahamood: awak sudi jadi bf saya??
jukabita: boleh xawak cite kenapa awak perlukan bf dalam keadaan tergesa2 skang ni..
Suria Mahamood: saya mahu teman saya ketawa dan menangis bersama..
Suria Mahamood: saya perlukan dia jaga hidup dan diri saya...
jukabita: saya takde pape lagi
jukabita: nafkah pun xmampu beri lagi
Suria Mahamood: dan saya cari bf cepat sebab dalam masa 2tahun saya boleh faham dia dan faham family dia...
Suria Mahamood: saya ak mintak semua itu...
Suria Mahamood: saya tak mintak semua itu.
jukabita: habis..
jukabita: kenapa perlu cepat sngt
jukabita: kenapa..awak ada masalah ke?
Suria Mahamood: tak...
Suria Mahamood: saaya cuma perlu perhatiaan dan kasih sayang...
jukabita: selama ni awak takde kasih sayang ker?
jukabita: dri adik beradik?
jukabita: keluarga..
Suria Mahamood: kalau awak rasa saya tak layak...
Suria Mahamood: tak apa lah...
jukabita: saya cuma tak faham apa tujuan awak sebenar..
jukabita: apa yang awak maukan
jukabita: apa yang awak tinggalkan
jukabita: apa yang awak takutkan
Suria Mahamood: saya kecewa lagi..
Suria Mahamood: saya tak takut sunyi
Suria Mahamood: saya takut sunyi
Suria Mahamood: saya takut hilang
Suria Mahamood: family saya selepas ayah saya tak ada
jukabita: boleh x explain betul2
jukabita: tak perlu kias
Suria Mahamood: saya tak rasa kasih syang dan perhatiaan lagi...
jukabita: family awak.
jukabita: ?
Suria Mahamood: tak apalah..
jukabita: sowie la
Suria Mahamood: saya rasa awak tak boleh terima...
jukabita: saya xleh wat keputusan terburu.
jukabita: ia membabitkan hidup saya
jukabita: kte baru kenal dsni
Suria Mahamood: oklah...
Suria Mahamood: saya tak nak paksa awak...
Suria Mahamood: terima kasih atas awak sudi chat dengan saya...
jukabita: apa yang awak tinggalkan untuk bakal suami awak>
Suria Mahamood: harta dan mungkin anak...
jukabita: awak nak g mana?
jukabita: xkan awak dah banyak harta dlm umur sekarang..
Suria Mahamood: 33000 dan aset rumah..
jukabita: saya x faham..
Suria Mahamood: oklah...
jukabita: awak ni kerja apa?
jukabita: tadi awak kat awak kerani?
Suria Mahamood: kerani baru saya 7bulan...
jukabita: kemudian.??
Suria Mahamood: dulu saya manager pizza hut dan agen insurans
Suria Mahamood: oklah...
jukabita: kemudia kenapa awak jadi kerani??
Suria Mahamood: oklah saya pun nak pi kerja...
jukabita: saya masih lagi berasa musykil
Suria Mahamood: saya kerani sebab saya 5kali kecewa cinta...
jukabita: macmana la plak dari manager awak turun ke kerani>.
Suria Mahamood: saya akan tekanan dan saya mungkin saya boleh hilang tumpuan dalam kerja...
Suria Mahamood: jadi saya berhenti...
jukabita: pastu sambung kerani?
jukabita: sebab cinta jer awak berhenti.apa rasionalnyer??
Suria Mahamood: sekarang saya bukan sekadar kerani...saya agen besar 2 syarikat malaysia dan jepun dalam ilmu perubatan..
Suria Mahamood: oklah...
Suria Mahamood: saya rasa awak tak boleh terima saya...
Suria Mahamood: terima kasih....
jukabita: macamana awak bleh dapat semua ini dlam umur awak macam ni??
Suria Mahamood: usaha saya dan cara saya kerja...
Suria Mahamood: oklah awak....
Suria Mahamood: saya tahu,saya tak layak untuk awak...
Suria Mahamood is typing a message.
Suria Mahamood: terima kasih atas segalanya...
BUZZ!!!
jukabita: jangan kata macam tue.
jukabita: saya masih baru,,
Suria Mahamood: awak masih baru apa..
Suria Mahamood: awak mungkin susah kan terima..
Suria Mahamood: sekarang saya undur diri..
jukabita: apa rasionalnya awak pilih saya.
Suria Mahamood: awak,saya tak layak untuk orang macam awak...
Suria Mahamood: awak tanya allah...
Suria Mahamood: kalau awak nak tahu jawapan...
Suria Mahamood: oklah,,,
saya nak bersiap pi kerja...
Suria Mahamood: saya percaya awak baik...
Suria Mahamood: saya tak layak untuk orang yang macam awak...
Suria Mahamood: terima kasih....
Suria Mahamood is typing a message.

*gua rasa pelik, hairan, takut pun ada.siapa dia ni yang tiba tiba ajak gua kahwin
0 sumbang saran

Hening Pagi Yang Indah

Monday, October 26, 2009

26 OKTOBER 2009


masa: 2.30 a.m
lokasi: Bilik Pelajar
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail

Masing2 membawa laptop untuk study(pada awalnye sahaja). yen tukar topik study dengan tgk Tantei gakuen online.Saiko dengan facebook.heri dengan download movie.mail dengan download trailer Papadom.


masa: 6.00 a.m
lokasi: Bilik Pelajar
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail

Saiko mencadangkan idea bernas untuk ke mamak kerana kelaparan.cadangan dipersetujui heri dan disokong oleh Yen.maka kesemuanya pulang untuk mengambil helmet dan solat seterusnya menuju ke taman u



masa: 7.30 a.m
lokasi: Restoran Ayub
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail

Menikmati hidangan pagi yang lazat
saiko makan:,kue masalode, roti kosong,teh tarik gelas besar. heri:, kue masalode, nescafe gelas besar, roti kosong, .Yen: kue masalode, roti kosong, teh tarik. mail:roti kosong,nescafe tarik.



masa: 8.15 a.m
lokasi: Tasik Utm
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail

melihat ikan2 di tasik banyak mati.harapan ingin melihat hotchik berkecai.sorang pun xde. yang ada hanya biawak sebesar lengan Yen.



masa: 8.40 a.m
lokasi: Hutan rekereasi Utm
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail

meninjau ninjau kawasan hijua Utm.muka semakin stim kerana masing2 belum tido. heri sibuk dengan peta untuk pergi ke jeram. saiko dengan tenangnya melihat alam sekitar



masa: 9.00 a.m
lokasi: Balai Cerap
Kehadiran: Saiko, Yen, Heri, Mail


kawasan peranginan utama utm( sejuk.....).tempat kediaman spesis spesis beruk terancam.juga tempat manusia manusia melampiaskan horizon pencinta alam( lelaki dan perempuan). heri buat gila dengan merempit di atas sana




maka..tamatla kisah di pagi yang hening dengan aktiviti yang sungguh berfaedah sekali
2 sumbang saran

Petua Saiko Berhenti Rokok

Wednesday, October 21, 2009

Di Sini Gua ingin Kongsi Petua Gua Berhenti Rokok

Gua berhenti rokok firstly gua tak tau macamana gua berhenti. tetapi ini ada gua listkan perkara yang gua buat sebelum berhenti menghisap rokok

1. Gua lari dari orang yang merokok. Gua nampak jer dier cucuh rokokk..terus gua blah.....

2. Gua minimumkan penghisapan rokok gua dari 5 batang sehari ke 3 batang sehari ke 2 batang sehari ke 1 batang sehari

3. Klu gua sangap sangat nak hisap rokok, kebiasaannye gua pau kawan tapi sebab gua nak berhenti, gua akan beli rokok dari kawan2 gua.


2 jer yang gua buat ..pastu gua demam seminggu..ahaks..
0 sumbang saran

Hindustan Vs Wrestling

Saturday, October 17, 2009

16 hb 2009

selepas makan tengahari di Cafe Ktr. Sesudah makan, Gua stay kt Blik Jkm. Bukak Astro kejap. kluar cerita hindustan. hero kena tumbuk. hero tu sakit. hero jatuh. kemudia hero bangun. hero tiba tiba dapat kekuatan ajaib.hero tumbuk penjahat balik dan seperti biasa hero akan menang

wrestling?

Sebelum lawan, masing masing akan bertekak. sesudah tu, seorang akan jatuh ..sakit bagai nak rak..yang seorang lagi pukul bagai nak rak jugak.lepas tu, yang jatuh dan sakit ibarat semut dipijak gajah tadi bangun balik dan pukul yang satu lagi.seterusnya menang...

sama x skrip Hindustan dengan Wrestling..Wrestling tiru hindustan atau Hindustan tiru Wrestling
0 sumbang saran

hari ini hari sabtu

Sambil study subject branding, gua dengar Xfm sambil dengar lagu lagu dar Xfm. Tiba tiba gua dengar satu lagu menusuk telinga gua. Alamak.bisik hati gua, lagu apa ni..lirik macam nak kutuk orang lain je. Gua kuatkan lagi volume.bukan sebab gua suka lagu ni, tapi sebab gua nak dengar lirik dia cakap apa. Setelah 5 minit gua buat kajian, gua dapati kumpulan yang nyanyikan lagu tu diberi nama MicWrecka.oh.bukan sebuah kumpulan, tetapi lebih kepada penyanyi rappers solo barangkali. Kes di sini, Gua respek Xfm mainkan Lagu- Lagu Local Band tau lebih dikenali sekarang ini dengan panggilan Indiependent Band tetapi, kalau boleh pastikanlah lagu yang diputarkan itu berkualiti, jgn sebab nak dengar lagu indie saja,lagu itu dah boleh diputarkan .

Kalau lah Gua yang jadi Deejay ….
0 sumbang saran

Seberang Tambak part1

Friday, October 16, 2009

14 hb 2009

taarikh yang gua xlupa dan ingat.pertama kali dalam sejarah hidup gua, gua samapai ke negara lain selain malaysia..walaupun xnaik burung gergasi, tapi gua tetap dapat pergi ke negara orang.

gua pergi dengan kawan2 gua ke singapore atau kemelayuannya(singapura).gua kagum bila pergi sana.bukan gua kagum apa.gua kagum dengan kebersihan dkt sana.cantik, menarik, tertarik walaupun panas terik.

trip pada awalnya dikejutkan dengan kegagalan shiro memasuki/melepasi imegresen singapore. dah kena denda 200 dollar singapore(bawa rokok lebih)

selepas tu pergi espalanade. lebih kurang istana budaya tapi lagi besar dan luas.bentuk bangunan pun dah macam buah durian...

leaps tu pergi Singapore Tourism Board..ada sedikit talk dengan wakil di sana.gua kagum dengan cara wanita yang memberi penerangan tu present.

lepas pergi sana..kami terpecah kepada 3 group.macamana terpecah gua tak tahu.last2..grop gua pakat2 amik bas pergi china Town..berbaloi la jugak walaupun balik dlm keadaan sesat.

nasib baik gua dan kawan2 gua pergi china town.nak harapkan driver bas bawa.jgn harap.kena ikut kepala otak mereka plak..macam mereka ni pula customer.

-bersambung -
0 sumbang saran

Jauhnya Perjalanan

Tuesday, October 13, 2009

hampir tiga tahun dah gua menetap secara sementara dekat sini. alhamdulillah.kehidupan gua boleh tahan la kat sini.sekarang gua dah tahun 3.boleh dikira last year.yap..memang last year pun

banyak pengalaman yang gua tempuh semasa berada di sini. gua tau apa erti kawan dan apa erti lawan.gua tau apa erti cinta dan gua tau juga apa erti kawan.maafla..gua tak pandai nak berpuitis. gua hanya tau taip saja.

kat sini ...gua ada jumpa macam macam lecture.ada yang suka marah, yang lawak, yang pendek,yang tinggi, yang cun,yang chomel,yang garang, yang botak,yang obesiti. ada yang bagi markah rendah kt gua.ada yang bagi markah tinggi. yang markah rendah tu bukan slah mereka, tapi salah gua.. sebab gua tak baca sebelum exam..sebab otak gua tak bleh pikir..otak gua dah kondem. kondem bukan sebab apa, kondem sebab malas and banyak buat kerja lain..bila dah buat kerja lain,, kerja yang asal akan jadi lain.maka urat saraf dlam kepala akan berbelit sehingga penghantaran tak tau nak disalurkan ke mana.

gua jeles dengan kawan gua yan pointer tinggi dari gua(walaupun tinggi sikit). gua ada niat nak challenge, tapi niat itu slalu ada awal sem jer..tapi rasanye sekarang dah ok sikit kot..dah boleh challenge sikit2..

gua jeles dengan budak jPA. sebab diorang studi pandai maka diorang dapat sponsor dari jpa..maka diorang ada banyak duit dari gua..cukup makan tiap hari tak payah hutang.sebab gua kurang pandai sikit...maka gua dapat ptptn. itu pun gua kena bayar balik dan tambahkan lagi atau dalam bahasa terbaiknya, riba.

bulan 4 tahun depan gua dah habis kt utm ni.insyaallah.harap gua dapat kerja sebelum gua pakai jubah besar.bukan apa, nanti mak gua nak datng sini boleh juga gua sponsor apa yang patut..wslam..
0 sumbang saran

Mereka yang bergelar perempuan

Monday, October 12, 2009

saja jer gua bagi title yang mengancam.sebab gua tak tak tau nak letak tajuk apa.

udie,shiro, dan kawan sekolah aku pernah cakap kt aku...perempuan cantik untuk lelaki kurang cantik.dan lelaki hensem untuk perempuan yang kurang hensem. habis if klu yang berada lelaki yang berada di tengah(maknanya tak cantik and tak hensem) adalah untuk perempuan yang tak tak cantik, dan cantik)

aku berada di tahap mana???
0 sumbang saran

Mimpi

Semalam Gua mimpi Seseorang dalam tido gua, gua kenal tapi gua tak tau nama. yang pastinya dai seorang perempuan. dulu, kawan gua masa sekolha rendah pernah kata, klu lu mimpi budak budak perempuan..dia akan jadi awek lu..itu kata kawan gua la.

budak perempuan yang gua mimpi tu bakal awek gua ke? gua cuba ingat muka tu balik.gua ambil pensel,gua draw kt kertas exam utm.tapi tak sama la plak gua rasa..

dan semalam..hajat gua termakbul..gua nampak dia..budak junior rupanya..layakke gua dgn dia???
0 sumbang saran

Rumah Toq Remeow

Friday, October 2, 2009

minggu lepas(waktu sudah lupa), bersama shiro dan rakan2 lain ke rumah toq untuk makan makan sempena hari raya.kami dihidangkan dengan nasi lemak buatan isteri toq.memang sedap..sempat juga aku belek2 koleksi buku toq yanq ada kt rumah dia

bila lah aku boleh bekarya seperti tok??