Bila Atuk Dapat Motor..

Saturday, October 31, 2009

Bila Atuk dapat Motor

Atuk try belajar bawa dulu.dapat bawa pusing round satu kampung. atuk kata "aku pecut 80 km/j tu". Opah muka gusar.lepas lama sikit.pakcu tumpang naik.mereka ketawa gumbira.Labu tersengih sengih macam kerang busuk memandang mereka.

Bila Atuk dapat Motor

Atuk hantar Pakcu dan emi pergi sekolah.Labu ikut sekali. tapi sekali saja sebab atuk tak larat nak ulang alik .atuk tak berani bawak bertiga ,maka kena ulang alik bawak moto.

Bila Atuk dapat Motor

Labu try stat enjin.hidup.Opah bising nanti motor melompat. Alah,macam la opah tau pasal bawak motor ni.bawak basikal pun lepas sikit sikit je.atuk hanya pandang jer sambil makan cekodok mak labu buat

Bila Atuk dapat Motor

Atuk jaga betul betul motor.atuk kata, motor ni kena jaga selalu.susah nak dapat.minyak itam selalu tukar. Plug pun kena tukar. tayar kena kilat.cermin kena ada dua.signal kena elok.lampu pun sama.bakul mesti ok. enjin kena jaga.sungguh cermat atuk aku jaga motor, bisik hati labu

Bila Atuk dapat Motor

Atuk selalu bawa opah pegi pekan.kadang kadang pekan Khamis dekat Kuala Atok.kadang kadang Pekan Selasa kt Sega.Kalau Pekan Ahad dan Pekan Rabu, atuk parking moto kt Sega dan naik bas.gamaknya, dekat daerah labu ni, tiap tiap hari ada pekan.tapi yang pasti, tiap kali pekan ,labu akan kirim surat khabar, maka tiap tipa hari labu baca surat khabar.

Bila Atuk dapat Motor

Satu hari Atuk pergi Pekan dengan Opah.Atuk hantar Opah balik.Atuk lupa nak Bayar bill Air,maka dia pergi Bayar..sampai nak masuk simpang rumah, Moto atuk kena langgar dengan kereta.atuk terpelanting.motor berpusing dua tiga kali. Orang ramai serbu kt atuk.kaki atuk dah terkulai.gigi atuk patah.nadi atuk dah takda.atuk dah pergi

Bila atuk dapat motor

Motor Atuk, pokde baiki.Jadi elok balik,overhall sana,tukar sparepart sini,modal andak yang keluar.habis RM400.kesian andak.Opah trauma naik motor.Last2 labu yang jaga motor Atuk.Pakcu take, menuntut ilmu ke Bumi Anbia,moga2 dia balik dengan cemerlang.2 bulan, baru Opah berani naik moto.baru labu tersenyum dapat bawa motor kesayangan atuk.ke hulu ke hilir, pecut sana, pecut sini..merempit..eh.x.bukan merempit ...bukan. sebab motor atuk tak boleh mmencapai 120 km/j

Bila Atuk dapat Motor

Motor itu masih ada. walaupun Honda Cup 70 cc.Labu pandang masa depan, Semangat Atuk tetap ada di Motor itu

1 sumbang saran:

Anonymous said...

Motor atuk untuk legasi akan datang.