Mulut

Friday, January 22, 2010

 "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa". Hari ini kita berbicara mengenai mulut. sesuatu yang anda milikki dan anda perolehi sebagai salah satu dari pancaindera anda. Semua ada mulut. Gua ada mulut, artis ada mulut, tok bilal ada mulut, makcik jual nasi lemak ada mulut, pendek kata semua benda hidup di muka bumi ini ada mulut. Kalau kau search dekat google dan masuk kat wikipedia@ wikimedia, mulut membawa maksud organ badan yang berbentuk bukaan pada badan yang membenarkan sesuatu organisma menerima makanan. Itu jika anda search di google.



Mulut membawa pengertian yang amat banyak. Ada mulut yang berbau. Berbau apa? yang itu kita tidak tahu.sama ada wangi atau tidak..anda yang menentukan. Kadang - kadang kita selalu menggunakan mulut untuk berkata kata. Pembetulan, bukan kadang kadang tapi perlu menggunakan mulut untuk berkata kata. cuma yang selalunya apabila kita selalu mengata ngata.renungkan..berkata kata dan mengata ngata adalah dua perkara yang berbeza.

ini adalah sesetengah peribahasa, perumpamaan, simpulan bahasa yang menggunakan terma "mulut"

1. Mulut Murai
2. Mulut Tempayan
3. Buah Mulut
4. Dll

Cium Mulut??anda sendiri tafsirkan.....

0 sumbang saran: