Sindiket Segeraga

Friday, January 15, 2010

Pada masa kini di Malaysia, banyak sindiket telah ditubuhkan. Ada sindiket yang menjadi femes dan ada juga yang tidak femes kerana menjalankan perniagaan secara privasi. Tujuan utama pada hari ini adalah untuk mengajak anda semua untuk memasuki ataupun menjadi ahli sindiket. Anda tidak perlu borang manual, anda tidak perlu daftar secara online  atau bagitau melalui mesej. Hanya melalui cakap mulut saja anda boleh menjadi ahli

Antara soalan  soalan yang wajib ditanya oleh mereka yang berminat untuk menjadi ahli sindiket ini adalah

Apakah aktiviti yang sindiket ini jalankan?
Mencuri. paling senang sindiket nak curi adalah handset,duit (dompet tidak di ambil), Komputer Riba,Motosikal berkuasa 4 lejang. Paling koman yang akan sindiket curi adalah selipar jamban atau pun pakaian dalam

Bila waktu yang sesuai untuk sindiket jalankan aktiviti
Waktu mangsa tiada dibilik. biasanya mereka akan tinggalkan bilik pada waktu mereka pergi bilik kawan atau pun tengah ambil air sembahyang terutama waktu Maghrib. Masa tu, sindiket boleh pusing pusing blok usha sama ada line clear atau tak. Kalau clear, dah boleh sauk apa yang mampu

Biasanya, bagaimana teknik  yang sindiket lakukan untuk ambil barang barang tersebut?
Hati kering. Kalau tingkap tak tutup lagi senang sindiket nak ambil . Kalau pintu tak tutup pun ,itu lagi senang,toleh kiri,toleh kanan, tiada sesiapa dah boleh masuk. Kalau sindiket yang tinggal dekat bilik yang sama pada tahun lepas, kemungkinan ada kunci pendua

Apa kelebihan yang kami dapat apabila menyertai sindiket?
Banyak sangat.
1. Dosa
2. Penumbuk free. Jika sindiket tertangkap oleh yang dicuri,InsyaAllah berkemungkinan besar muka sindiket akan pecah  16
3.  Minum Air Stokin. Iini air minuman semangat jika sindiket didapati tertangkap lagi .kemudian,    aksinya akan dirakamkan sebelum dimasukkan kedalam laman pencarian video terkemuka, You Tube sebelum dibawa kepada unit keselamatan

Oleh itu, sesiapa yang berminat untuk menyertai sindiket ini, anda semua dialukan...tetapi ingat dan baca semula  kelebihan sindiket ini..!!!!!



-Setiap yang jahat pasti menerima pembalasan-

0 sumbang saran: