ZOOM LANCHANG!!!

Thursday, December 3, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah PendekarYa

Hari ni gua bersama dua lagi sahabat sejati  yang bermukim di kampung  yang sama pergi menenangkan diri menikmati keindahan Hutan Hujan Tropika. Motifnya adalah untuk pergi melihat Gajah dan juga hidupan hidupan yang lain.

Destinasi : Kuala Gandah,Lanchang, Pahang
                Deerland Park, Lanchang, Pahang

Masa Perjalanan adalah 1jam 15 minit. Minyak  RM 20 Pergi dan balik. Bayar sikit seorang. itu kalau kau ikut dari Raub. Dari Raub boleh terus masuk simpang Mempaga. Disana, kau boleh lihat pemandangan yang indah -indah belaka termasuk berselisih dengan lori lori yang membawa muatan yang melebihi had.

Kalau dari Kuala Lumpur,boleh ikut Bentong dan kalau tak tau jalan seterusnya, boleh berhenti di stesen minyak Petronas, Shell atau BHp untuk bertanya. Pastikan kau tak tanya Pada Mat Bangla yang bekerja di stesen minyak.Kalau dia tahu, itu boleh dikira ok.o.


Inilah Gajah di Kuala Gandah,Santuari Gajah.Malangnya gua sampai lambat untuk tgk serta mandi dengan gajah. Dekat sini special sikit. Kau boleh mandi dengan gajah sambil bemesra dengan gajah tersebut.


Gua cadang nak pegang yang lagi besar,tapi dapat yang ni saja. Maka, bolehlah dibuat bergambar



Ini beruang hidup.bukan tipu.Dekat Deerland kau boleh masuk dan belai belai dengan beruang. Tapi,pastikan ada staff. Kalau kau masuk sendiri, jangan terkejut tengok muka kau masuk Berita Harian Keesokkan harinya



Ini adalah Rusa yang jinak.Beliau jinak sebab di tangan gua ada makanan. Jadi, bila beliau nak makanan,beliau akan gesel2 dekat seluar gua.





Tulis RM10, tapi bayaran masuk RM5.Mungkin yang jaga kaunter tu bagi diskaun lepas tengok muka gua

 -Harap Maaf.Gambar Kurang Memuaskan_

4 sumbang saran:

Kina Z said...

woi kau...x ajak ak...sonok kan jumpe membe...ehehehehe

PendekarYa said...

hehehe..hang kt mana..aku kat mana.hihi

Anonymous said...

kampung saya..bangga...

Lili Sakina said...

awat ank tiba2 'kecek' utara????...ehehe...yela....ko x ajak, ak pon x ingin...hihihihi...