Kembali Mengenang Semusim Lama

Friday, December 4, 2009

Hari ini bukan lagi Hari ini dalam sejarah PendekarYa.Tetapi, hari ini adalah hari mengenang kembali sejarah.

Hari ini gua dah jadi seorang Mahasiswa yang bakal menamatkan pengajiannya...


SATU


Bermula ataupun semenjak dari darjah satu, gua tak pernah dapat nombor 1 dan gua juga tak pernah dapat nombor akhir sekali. Nombor SATU sinonim dengan kejayaan. Bila dapat nombor satu, mungkin Mak dan ayah kau bangga. Canang keliling kampung beritahu bahawa anaknya dapat nombor satu. Si ayah akan lepak - lepak kedai kopi beritahu sama Wak Jono atau Pak Abu sambil kunyah goreng pisang panas sambil cakap pasal kau dapat nombor 1. Si Ibu akan bertandang ke rumah jiran sebelah sambil bawa kuih muih atau bubur pisang sebagai sedekah sambil gosip - gosip hangat tentang kau dapat nombor satu..Kalau yang alim dan reti pasal agama,keluarganya akan beri pujian  pada kau dan hanya beritahu sesama ahli keluarga dan mungkin akan ada bonus untuk kau sebagai ganjaran kerana berperang otak untuk dapatkan nombor satu.

Masa kecil, gua bukan lah penggemar kejayaan. Kebiasaannya, gua akan dapat nombor tengah-tengah. Kalau murid ada 40 orang, gua akan dapat no 20 atau 18 atau 19. Kalau gua semangat sikit gua akan dapat nombor yang tinggi lagi dan semangat itu selalunya datang pada peperiksaan akhir tahun di mana gua berjuang sehingga ke akal yang terakhir. itu pun, gua masih tak dapat nombor satu.Angka yang paling tinggi gua pernah cecah adalah nombor 4. empat tolak 1 sama dengan 3. lagi tiga manusia  gua tak dapat tewaskan.ceh.

Masuk sekolah lagi besar, dimana bangunannya besar besar. Guru - gurunya juga besar dan murid muridnya juga besar. Apatah lagi dengan akal akal pelajar yang besar -besar. Maka, gua pun membesarkan diri dengan beraninya. Itupun gua masih kempunan untuk dapat nombor satu

6 tahun dekat Sekolah Besar, barulah gua dapat nombor satu. itu pun  bukan nombor satu dalam pelajaran. Maka, boleh juga la dijadikan aspirasi untuk gua belajar. Rasa seperti memenangi Anugerah Skrin TV3 ataupun Anugerah Bintang Popular Berita Harian..

Apa yang gua dapat nombor satu?

1)Orang nombor satu apabila berlakunya meeting -meeting antara pengetua dan pelajar pelajar yang mengawas orang lain. dengan jawatan in juga, gua banyak bikin hal..pertama kali barangkali..

2.Gua bukan jaguh pecut seratus meter.tapi sekali gua cuba 800 meter, gua dapat nombor satu. terima kasih wahai sifu gua, Faizul hassan. Warga Kenya yang mendapat kerakyatan Malaysia dan mewakil Raub dalam kejohanan Olaharaga Peringkat Daerah

3.Junior sekolah tanya gua, boleh bersyarah?gua cakap boleh dan dia mintak gua ajar. Pada satu waktu, gua kena berpidato plak.Macam mana ni? gua hanya ada pengalaman tipu. Gua dapat CD pidato dari guru gua,Gua tiru, dan gua menang.Gua dapat nombor  SATU!! dan gua dapat melancong pergi kuantan sambil menikmati wang RM200..

Hari ini,gua masih lagi mencari..apa yang gua boleh dapat nombor satu...

-SALAM-

3 sumbang saran:

Zairatunatul said...

tiap tipa kali periksa i kene duduk depan sbb name mula drpd A, tapi takpernah dpt nombor satu jugak mase pekse.agagag

Teman Setia said...

knape semua orang nak no.1??
mmg lar semua xnk yg terakhir kalau boleh.. tapi.. kebanyakan nyer nak no.1 atas sebab2 yang tertentu ker??
dan ada persoalan kat sini.. ada jugak yang menjadi no.1 (-ve) .. spt yg dikatakan oleh PENDEKAR YA tadi.. kenapa mereka jadi macam tue?? kurang perhatian.. kerana semua perhatian ditumpukan dekat yg no.1 (+ve)... x adilkan... kenapa perlu macam tue.. kita boleh jadi no.1 dalam banyak hal.. tapi dalam sesetengah hal jugak.. kita suka jadi no.1 dAri belakang... kenapa ek??

PendekarYa said...

Zairatunatul ; heehehe.apa bole buat

Teman Setia : betul tue,manusia mempunyai pelbagai ragam