Seni

Tuesday, December 8, 2009

Sungguh terpegun dan kagum melihat hasil taipan blog yang dikarang oleh blogger kegemaran gua. Sindiket Sol -Jah, Pipiyapong, Tok Rimau, Dean Sham, Aldin Shauki dan banyak lagi.Mereka ini bukannya guna bahasa melayu seratus peratus.Kalau Cikgu bahasa Melayu check, konfirm dapat C.Tetapi,Olahan dan tulisan mereka mereka ini yang menarik bikin pembaca tertarik. ini tak kira lagi dengan perkataan berteknologi tinggi yang mereka keluarkan.

Semuanya orang seni barangkali.betul, seni yang tak terbatas. Kalau kau jadi Pengawal Keselamatan sekalipun, kalau kau ada seni. tak kira seni apapun, keluarkan saja. Mana tau nanti rezeki seperti menang Loteri. Jangan kutuk kalau ada yang tak tau intonasi bersajak. Kadang kadang, lontaran suara mereka mungkin  tidak betul. Cuba Imiginasi saja isinya. Menulis juga seni, apatah lagi menulis lirik lagu, puisi, pantun, gurindam dan sewaktu dengannya. Apatah lagi kalau bermain alat muzik. Tak kira kau boleh main alat apa sekalipun.

Hari ini, gua cuba berimiginasi sebentar untuk mencipta kata kata seni yang indah..!! aishh

2 sumbang saran:

Ari said...

Untuk menghasilkan sesuatu karya penuh seni,
Kau kena buat sepenuh hati dan penuh erti,
Bukan membuta tuli lalu kau angkat ia sebagai seni.

PendekarYa said...

Terima kasih atas nasihat itu Ari..:-)