Piala AFC

Thursday, April 29, 2010

Salam Petang,...

Baru saja minum teh panas bancuhan mak gua. Selepas itu, menonton televisyen saluran 180, Astro Arena sambil berfacebook. Gua tengok aksi sukan Piala AFC (bukan liga juara AFC ), Selangor (Malaysia) vs Srivijaya ( Indonesia). Selangor tiada awang import, Srivijaya ada awang import. Hasilnya, kemenangan berpihak kepada Srivijiya dengan jaringal gol 4 berbalas 0. Gua ulang ,4 berbalas 0.

Sehari sebelum perlawanan antara Selangor dan Srivijaya, Wan Jamak Wan Hassan, Jurulatih pasukan N.S mengumumkan tidak akan menjadi wakil Malaysia dalam piala AFC untuk tahun depan. Sebab?. tiada pemain import. Pemain tempatanya katanya tidak mampu untuk merobek gawang lawan.

Gua ada beberapa kesimpulan ....

1. Baik tiada pemain import, kerana dgn adanya pemain import, kredibiliti pemain tempatan seperti dianaktirikan. Susah nak bermain dalam kesebelasan utama. balik2 muka awang import

2. Pasukan kelab atau negeri dari negara jiran (Singapura, Indonesia, Vietnam, Thailand ), mungkin menggunakan pemain import. bukti boleh dilihat apabila 3 penyerang pasukan Srivijaya yang menjaringkan gol dalam perlawanan menentang Selangor adalah awang import. Pasukan Malaysia yang tiada pemain import tidak perlu risau. Dari perlawanan perlawanan sebegini , mereka boleh nilai aksi mereka sendiri dan tingkatkan pencapaian. Sekarang mungkin kalah, esok lusa tiada siapa yang tau. Lagipun yang bermain untuk negara nanti bukanlah pemain import, sebaliknya adalah pemain tempatan. bukti dah ada, Sukan Sea baru baru ini...

3. Pemain import tidak semestinya mengambarkan kualiti yang baik. Ada pemain yang semata mata mahu bermain kerana duit, bukan semangat. Sejarah ada membuktikan semasa penggunaan pemain import dalam saingan Liga Malaysia..Haram Jadah..

Maka,
pendapat gua, FAM perlu kaji balik perkara ni, Buat masa sekarang, gua tengok pencapaian pemain tempatan adalah baik jika mewakili negara tetapi jika mewakili kelab atau negeri dalam saingan Piala AFC, prestasi merudum...maka.ada pemain import atau tidak...semua terpulang pada diri masing2..anggaplah kau wakil negara masa saingan Piala AFC...Piala AFC jer..bukan Liga Juara AFC pun ..

0 sumbang saran: